berita

[VIDEO] Norman Hakim Menangis, Marissa Dania Minta Ampun & Maaf – ‘Adik Selalu Doa Supaya Dosa Papa Bagi Dekat Adik’

April 23rd, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Norman Hakim tidak dapat menahan air mata apabila melakonkan video pendek hari raya bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

Artikel berkaitan: ‘Ini Jalan Yang Saya & Aslam Pilih’ – Marissa Dania Buka Mulut Isu Nikah Secara Senyap, Tampil Mohon Maaf

Artikel berkaitan: [VIDEO] Aslam & Marissa Beraya Dengan Norman, Abby Abadi

Norman tak dapat menahan air mata

Menerusi hantaran di TikTok Pak Mat Western, Norman memeluk erat Marissa dan menyatakan rasa rindu terhadap puterinya itu.

Tambah menyayat hati apabila Norman berkongsi perkara yang dilakukan apabila dia merindukan Marissa.

Tiap kali Papa rindukan Adik (Marissa), Papa akan buka video ini.

Di dalam video tersebut, tertera tulisan yang dipercayai milik Marissa sewaktu kecil buat bapanya.

Adik selalu doa supaya dosa Papa bagi dekat Adik. Pahala Adik bagi dekat Papa..sebab Adik sayang Papa.

Marissa minta ampun

@pakmatwestern “Adik selalu doa agar dosa papa bagi kat adik” berderai air mata Norman selepas dengar isi hati Marissa ? #fyp #foryou ? original sound – pakmatwesterncafe

Dalam pada itu, Marissa juga menangis dan bersalaman dengan Norman memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan.

Adik nak minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Balas Norman, dia sudah lama memaafkan kesilapan anak perempuannya itu.

Tiada apa yang Papa nak maafkan. Papa dah lama maafkan Adik.

Terdahulu, nama Marissa pernah menjadi bualan warganet disebabkan kahwin tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang dikenali sebagai Aslam.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×