berita

Ucapan Norman Hakim Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Lelaki Undang Sebak, Netizen Doa – ‘Semoga Danish Satukan Kembali Keluarga Ini’

March 25th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Norman Hakim

Ucapan ulang tahun kelahiran yang dititipkan oleh pelakon Norman Hakim kepada anak lelakinya, Mohd Danish telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Doa Buat Anak-Anak – ‘Jika Aku Harus Pulang, Jemputlah Di Saat Sudah Tunai Segala Tanggungjawabku’

Artikel Berkaitan: Norman Hakim Mohon Maaf Pada Abby Abadi – ‘Saya Ambil Tanggungjawab Ini Andai Semua Khilaf Saya’ 

Ulang tahun kelahiran Danish

Norman Hakim

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata kehadiran Danish dalam hidupnya telah membawa erti kebahagiaan.

Sanah helwah, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 abang Danish. 21 tahun yang amat membahagiakan papa.

Papa tak sangka satu hari nanti yang kita akan jadi ‘best friend forever’ dan boleh berkongsi segala rahsia, rasa ups and down dalam hidup ini.

Dalam masa sama, Norman berdoa agar ikatan kasih sayang antara dia, Danish dan ahli keluarga yang lain terus kekal selama-lamanya hingga ke akhir hayat.

Terima kasih Allah, terima kasih abang. Semoga bornding kita ini akan terus kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah.

Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami mama (Abby Abadi), mummy (Memey Suhaiza), abah, adik-adik semua ke syurga insya-Allah.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa sebak membaca ucapan istimewa itu.

Sedih pula baca ucapan Norman, besar dugaan keluarga ini.

Semoga Danish dapat satukan kembali keluarga ini. Bawa mama, papa, mummy ke syurga.

Semoga Danish terus jadi anak yang menyenangkan mama papa dan tidak melukakan mereka.

Dalam hantaran sama, Norman turut memuat naik sepotong video meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Danish bersama keluarganya.

Pun begitu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan ketiadaan ibu kandung Danish iaitu pelakon Abby Abadi dalam video berkenaan.

Sekadar info, Danish merupakan anak sulung hasil perkahwinan Abby dan Norman. Namun mereka disahkan bercerai pada 2009.

Selain Danish, Abby dan Norman juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.

Norman kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan aktres Memey Suhaiza pada 2011.

Manakala, Abby menamatkan zaman jandanya dengan Mohd Farhan pada 2013, namun usia perkahwinan tidak kekal lama apabila disahkan bercerai setahun kemudian.

Pada 2015, Abby berkahwin buat kali ketiga dengan lelaki bernama Muhammad Faizal Zakaria.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×