Personaliti media sosial dan pelakon Norreen Iman menyangkal dakwaan dia mengambil kesempatan terhadap pembantu rumah demi mengaut keuntungan.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Rebut Peluang 10 Malam Terakhir Ramadan – ‘Jom La Kita Qiyam Sama-Sama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Sama Cuma Kurangkan Carutan, Kalau Boleh Tak Mahu Dah’ – Norreen Iman
Saya guna untuk kayakan dia
Menurut Norreen, dia hanya mahu membantu pembantu rumah warganegara Indonesia itu menjana pendapatan lebih dengan bakat memasak yang dimiliki.
Ujar Norreen, Bibik Anah pernah meraih pendapatan yang lumayan apabila menjual cilok di Indonesia. Oleh sebab itu, dia mahu membantu wanita itu kerana berasa simpati dengan kepayahan yang dilaluinya.
Ada yang cakap saya gunakan Bik Anah. Ya betul, saya gunakan dia untuk kayakan dia. Dekat kampung dulu, dia ‘masyuk’ jual cilok dan madu tapi selepas suaminya tak sihat, dia terpaksa menjaga suaminya pula.
Berbicara lebih lanjut, Norreen memberitahu Bik Anah banyak berkorban dan merantau untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan dan rawatan suami serta anak perempuan mereka di Indonesia.
Anak perempuannya dekat kampung, Hafizah. Pelajar terbaik malah dapat biasiswa penuh dan boleg pilih nak belakar dekat mana.
Tapi anaknya pilih untuk tidak menyambung pengajian sebab mahu menjaga bapanya yang sakit.
Sebab katanya dekat mana-mana pun boleh belajar al-Quran. Masya-Allah! Jadi Bik Anah datang ke Malaysia untuk menyara suami dan anak.
Di akhir video, Norreen berkata, dia tidak mengambil apa-apa pun bahkan dia hanya sekadar mengeluarkan modal sahaja.
Pendapatan yang dia dapat lebih RM1500. Tak termasuk gaji kerja buat pembantu rumah.
Sumber: Norreen Iman