berita

[VIDEO] Norren Iman Tak Putus Doa Minta Nak Tunai Umrah Dengan Suami – ‘Tak Satu Bilik Takpa, Asalkan Ada Sekali’

February 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

norreen iman umrah

Baru-baru ini, pelakon dan personaliti media sosial Norreen Iman tampil mengenakan hijab dan sedang dalam fasa untuk berubah ke arah lebih baik.

Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Imej Bertudung, Norreen Menangis Padam Gambar & Video Tak Berhijab Di IG – ‘Tak Menyesal, Cuma Rindu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Orang Yang Sama, Cuma Mahu Ubah Cara Bercakap Sebab Sinonim Dengan Ayat Kasar’ – Norreen Iman

Bakal tunai umrah

norreen iman umrah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman binti Abdullah berkongsi bahawa dia bakal mengerjakan umrah bersama isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

Tiba-tiba aku tergerak hati nak ajak dia dan tanya, ‘nak pergi umrah tak?’ Lepas dia berbincang dengan suami dia, suami dia bagi pergi dengan aku. Aku ni Noreen bukan Fazura tau tapi Shuk bagi pergi dengan aku.

Tya ada telefon aku dan dia sebak sebab Shuk bagi. Tya pun dah bayar dan kami sebilik.

Dalam masa yang sama, Norreen juga berkata dia sama sekali tidak menyangka suaminya juga dapat turut serta ke Makkah kerana pada awalnya mereka tidak mempunyai wang yang cukup.

Bagaimanapun, rezeki tidak pernah salah alamat apabila dia menerima bayaran daripada hasil kerjanya dan dapat membawa suami ke tanah suci.

Aku tanya suami, nak pergi tak? Tapi dia risau, ‘okay ke ekonomi kita bila dua-dua pergi?’.

Bila solat aku doa untuk Allah izinkan aku pergi sana dengan laki aku. Dalam dua tiga hari selepas tu masuk pula duit bayaran yang memang aku tak pernah duga.

Dalam hati aku, ‘Ya Allah bagilah dapat pergi sama-sama dengan Razi, bilik tak sama pun tak apalah asalkan suami aku ada.’

Lagi sekali duit masuk. Aku cakap dekat suami boleh pergi ni sebab duit masuk. Aku terus bayar. Yang aku risau duit tak ada tadi tu..duit tu masih ada lagi untuk komitmen bulan 2 dan bulan 3.

@norreeniman8

Sesungguhnya Allah Mendengar Doa Umatnya??? #norren143 #tyaadnan #foryoupage???? #fypagee #fypmalaysia #masukfypmu #norreeniman #masukfypdong #foryopage #masukfyp #fyp #foryopage #fypg #masukfypdong

? original sound – norreeniman8 – norreeniman8

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×