berita

[VIDEO] Obses Dengan Pasangan, Lelaki Tak Segan Pakai T-Shirt Berwajah Teman Wanita Ketika ‘Dating’

November 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Bila hati dah sayang, kita sanggup buat apa sahaja untuk memastikan pasangan kita sentiasa tersenyum bahagia. Setiap kali kalau keluar ‘dating’, sudah pasti kita akan berusaha untuk menunjukkan rasa cinta terhadap pasangan supaya mereka berasa disayangi. Betul tak?

Baru-baru ini viral satu video memaparkan seorang lelaki sanggup memakai t-shirt yang sudah tercetak wajah teman wanitanya ketika mereka keluar ‘dating’.

Bila hati dah sayang…

Seorang gadis yang dikenali dengan nama Ayin Sley mengakui terkejut selepas melihat teman lelakinya mencetak foto wajahnya pada sehelai t-shirt berwarna hitam. Apa yang tidak disangka-sangka, teman lelaki yang dikenali dengan nama Ariq itu dengan selambanya memakai baju tersebut ketika mereka keluar bersama.

Menurut Ayin, meskipun teman lelakinya itu obses terhadap dirinya namun dia tidak menyangka lelaki itu berani memakai baju yang terpampang wajahnya di khalayak ramai.

Lihat, teman lelaki saya obses dengan saya. I was like shocked gila time keluar tu.

Video pendek yang dikongsikan Ayin di TikTok telah mendapat hampir 500k tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan netizen menyifatkan gadis ini bertuah kerana memiliki teman lelaki yang sangat menyayangi dirinya. Malah tidak kurang juga ada di antara gadis-gadis yang masih bujang mengakui ‘cemburu’ melihat pasangan ini.

Video TikTok

Respon netizen

Sumber: Ayin Sley

SKIP THIS AD ×