Pelakon berpengalaman, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Ogy berkongsi momen sewaktu dirinya perlu melakonkan babak memeluk arwah Azmil Mustapha semasa penggambaran filem ‘Ali Setan’ satu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: Fazlina Ahmad Daud Beraya Dengan Bapa Mentua, Ogy Respon – ‘Tak Ada Siapa Nak Ambil Saya Jadi Menantu’
Ogy minta izin isteri Azmil
@legasipodcastBerpeluk atas motor, Fauziah Ahmad Daud minta izin isteri Azmil Mustapha dulu! di dalam Episod 08 Legasi; Sembang, Sambung! Tonton Episod baru minggu ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. #LegasiPodcast #FYP #FauziahAhmadDaud #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy? original sound – Legasi Podcast
Menerusi perkongsian di sesi podcast ‘Legasi Podcast’ kendalian Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh, Ogy memaklumkan dirinya telah meminta izin isteri Azmil ketika itu sebelum melakonkan babak berkenaan.
Azmil Mustapha merupakan seorang pelakon yang tak pernah menyusahkan orang dan paling penting ialah dia seorang ‘family man’, dia mesti bawa keluarga ke set.
Masa ‘shooting’ filem Ali Setan, arwah ketika itu bersama isteri pertamanya iaitu Rozi.
Waktu itu, saya perlu lakonkan babak peluk arwah (Azmil) di atas motor. Jadi saya kata pada Rozi (isteri arwah) nak minta izin peluk suami dia dan sebagainya.
Rozi siap berseloroh cakap, ‘Peluklah, saya pun dah malas nak peluk dia’.
Azmil pelakon yang ‘well prepared’
Berkongsi mengenai pengalamannya bekerjasama bersama arwah Azmil, Ogy memaklumkan bahawa pemenang Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-4 (FFM4) merupakan seorang pelakon yang sangat ‘well prepared’.
Tambah Ogy, dia sangat selesa bekerjasama dengan arwah Azmil yang sentiasa memberikan hasil kerja yang bagus di set penggambaran.
Azmil ini merupakan seorang pelakon yang sangat ‘well prepared’. Dia masuk set saja dia dah ‘in character’.
Dia juga seorang yang kelakar. Waktu serius dia memang serius tapi kalau datang mood kelakar dia itu, memang di luar kawalan.
Dan sebagai seorang pelakon, saya rasa sangat selesa bekerja dengan arwah sebab dia sentiasa memberi.
Dia juga tak pernah nak ‘complaint’ dekat set walau apa pun yang terjadi.
Sumber: TikTok Legasi Podcast