Kisah cinta terhalang telah memberi kesan yang mendalam terhadap pelakon versatil, Fauziah Ahmad Daud sehingga terpaksa berdepan dengan pelbagai kekangan dan cabaran hidup.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Kecewa Dengan Dua Orang Influencers – ‘Kau Menyusahkan Kakak Di Set’
Artikel Berkaitan: ‘Buktikan Adik Boleh Menang Oscar, Leonardo DiCaprio & Michelle Yeoh Ambil Masa Berpuluh Tahun’ – Ogy Ahmad Daud
Pendedahan Ogy
@tanahberdaulat.tv – Fauziah Ahmad Daud, pelakon popular tanahair. Ikuti temubual menarik ini bersama beliau di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV https://youtu.be/wV8izslfZCY?si=pfdZpc02AN0JdeZE Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #azura #jamalabdillah #suarakekasih
Menerusi podcast Tanah Berdaulat TV, Fauziah atau mesra disapa Ogy, mendedahkan dia pernah disekat sehingga tidak menerima tawaran lakonan selama empat tahun selain turut menerima ugutan bunuh.
Saya digam empat tahun. Saya tidak boleh berlakon sedangkan perkara itu sudah berlalu. Kenapa saya masih digam?
Macam-macam perkara diperlakukan kepada saya. Nak dibunuh, nak ditembak. Orang tak tahu kan cerita sebenar? Tapi sekarang saya ceritakan.
Meskipun terpaksa menelan pahitnya kenyataan, aktres berusia 62 tahun itu harus melepaskan lelaki yang dicintainya selepas hubungan mereka tidak direstui.
Tetapi berkat doa mak ayah. Ketika semua itu berlaku saya masih bersama mereka.
Saya berpegang kepada kata-kata arwah ibu saya, ‘dia itu enggang, kita ini pipit..mereka tak boleh terbang bersama.’
Pada ketika itu ianya sangat menyedihkan, tetapi saya adalah wanita yang akan ‘move on’.
Dia adalah cinta pertama saya. Tetapi ianya melibatkan ramai orang dan ada masa kita perlu menghormati keputusan pihak tersebut. Tak mengapa saya terluka kerana saya tahu bagaimana untuk memulihkan rasa kecewa saya.
Cinta terhalang
@tanahberdaulat.tv – Fauziah Ahmad Daud, pelakon popular tanahair. Ikuti temubual menarik ini bersama beliau di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV https://youtu.be/wV8izslfZCY?si=pfdZpc02AN0JdeZE Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #azura #jamalabdillah #suarakekasih
Bercerita lanjut, anak kepada seniwati Datin Saadiah tersebut menyifatkan cinta pertamanya itu adalah seorang lelaki yang budiman sehingga berjaya membuka pintu hatinya.
Dia sangat merendah diri, itu yang membuka hati saya.
Saya dilahirkan di dalam keluarga orang seni yang sering dipuji walaupun kadang-kadang kita tahu ianya palsu.
Saya menyukainya bukan kerana siapa dia tetapi dia adalah seorang individu yang merendah diri, menghormati ibu bapa saya dan diri saya sebagai seorang wanita.
Walaupun cinta tidak kesampaian ke jinjang pelamin, namun Ogy tetap mempertahankan maruahnya berbanding perkara lain.
Tetapi sesuatu yang saya bangga tentang diri saya adalah, tiada sesiapa yang boleh ‘membeli’ Fauziah Ahmad Daud.
Saya memang orang yang berprinsip, saya berpegang teguh kepada prinsip saya. Maruah saya tak boleh dibeli.
Sekadar info, Ogy pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Eman Manan pada tahun 1990 namun berpisah selepas 13 tahun melayari bantera perkahwinan.
Ogy dan Eman bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: TikTok Tanah Berdaulat TV