Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh Andika Putera menjadi topik hangat di media sosial selepas dia menubuhkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai ‘Old Money’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tubuh Geng ‘Old Money’, Netizen Komen – ‘Benda Ini Tak Boleh Dibuat-Buat’
Terbaharu, Andika dilihat membuat perjumpaan kali pertama bersama ahli-ahli kumpulan Old Money Malaysia.
Yuran keahlian Old Money Malaysia RM249
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok memaparkan Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera, 27, memaklumkan bahawa setiap individu yang menyertai komuniti Old Money Malaysia ini perlu membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM249.
Tambah Andika lagi, setiap ahli yang membuat pembayaran akan menerima banyak manfaat termasuk mendapat baju kolar one piece yang dikatakan sangat ekslusif dan tiada di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Andika juga menawarkan ahli Old Money Malaysia program affiliate, yang membolehkan mereka menjual produk tanpa memerlukan modal besar.
Korang akan dapat tester, apa sahaja barang tester saya bagi dalam setiap benda. Korang cakap apa je korang nak jual, semua boleh affiliate. Korang tak perlu keluar modal tapi untung besar.
Tambah Andika lagi, semua konten perniagaan termasuk pemasaran akan dilakukan oleh ibu pejabat Old Money Malaysia.
Pemasaran HQ buat bagi viral, saya cuma beri konten dan korang perlu post je. Skrip live pun kami akan bagi. Sebelum sekali boleh jumpa saya untuk sesi gathering dan coaching dalam perniagaan. Kita belajar ilmu tentang cara berniiaga dengan betul.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju penubuhan komuniti Old Money Malaysia itu.
Ni bukan bergaya sampai berjaya tapi ni biar papa asal bergaya.
Member dengan RM249, esok dah tak datang.
Mula dah kutip duit ahli.
Saya akan tubuhkan kelab No Money No Talk.
Dah agak dah, komuniti yang dia create tu adalah untuk bisnes dia. Macam biasa, ada macam-macam cara marketing.
Dah macam pergi dengar MLM membongak.
Orang kaya tak meeting secara terbuka macam ni.
Video
@oldmoneyclub.my Kita akan open untuk OLD MONEY CLUB MY CIRCLE tak lama lagi ? Siapa suka bergaya Old Money sambil buat Real Money, boleh join our OLD MONEY CLUB MY CIRCLE ?? #bergayasampaikaya #oldmoneyclubmy #oldmoney #menswear #business ? Pop beat BGM / long version(1283324) – nightbird_bgm
Sumber: TikTok Old Money Malaysia Club