Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang mendedahkan dirinya seorang pengumpul barangan ‘limited edition’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya – ‘Saya Rasa Perempuan Seperti Itu Tak Wujud’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Dedah Bisnes Minyak Wangi Raih Untung RM100K, 10% Sedekah Pada Komuniti Memerlukan
Momen terindah
@mirzanjohor ‘Dulu beli Kasut RM38K, Pakai cuma 2 Kali je” Opai. Podcast Icon Luxe Bersama Mirzan Johor.. #podcasticonluxe #iconluxe #mirzanjohor #podcast #fyp #iconluxepodcast ? original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my
Menerusi satu sesi temu bual bersama MirzanJohor, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkongsi kisahnya yang membeli sepasang kasut jenama mewah, iaitu Air Jordan by Christian Dior berharga RM38,000.
Menurut Opai, momen itu adalah yang terbahagia buat dirinya.
Tahun 2021, waktu itu kasut jenis itu tengah naik.
Ketika itu saya beli dengan harga RM38,000.
Itulah adalah momen terbahagia saya.
Walau bagaimanapun, Opai memaklumkan kasut itu dipakai hanya dua kali kerana lebih sesuai dijadikan sebagai ‘display’.
Kawan buat harta
Berkongsi lebih lanjut, suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu akui barangan mewahnya juga dipinjam oleh rakan-rakan.
Sebenarnya saya nak bawa satu beg, ianya sangat limited edition, daripada jenama Louis Vuitton.
Beg itu sangat rare, bentuknya macam mug.
Tapi kawan saya buat harta.
Hari ini birthday dia. Bila saya hubungi, dia layan tak layan.
Sumber: TikTok @MirzanJohor