Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya, sering dihujani dengan soalan tentang cahaya mata selepas kira-kira setahun mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Sebak Bakal Jadi Tetamu Allah – ‘Ini Adalah Umrah Pertama Saya Sebagai Mualaf’
Belum dikurniakan zuriat
@shanienanatasyaaaa Promise akan jaga sampai akhir hayat ? kesayangan aunty?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Shaniena sedang meluangkan masa bersama anak tirinya di sebuah taman permainan.
Minta maaf, orang cakap saya mandul. Saya hanya tumpang kasih sayang anak tiri saya sahaja.
Janji akan jaga sampai akhir hayat, kesayangan aunty.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat usahawan berusia 21 tahun itu dan mendoakannya agar dikurniakan zuriat.
Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet yang turut berkongsi kisah yang sama seperti Shaniena.
Semoga Allah hadirkan malaikat kecil ke dalam rahim Shaniena Natasya. Amin.
Awak bukan mandul, masih belum rezeki awak lagi. Teruskan berdoa okay, jangan pedulikan orang yang negatif.
Kalau Allah berkehendak sesuatu insya-Allah ada rezeki juga nanti jangan putus berharap dan jangan dengar kata-kata orang lain yang tidak memahami situasi kita. Doktor pun manusia, yang menjadikan semua Allah.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya