Di Instagram, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa teruja apabila dapat mempertemukan anak-anaknya dengan negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Influencer Kena Cerdik, Teladan Celah Mana?’ – Rita Rudaini
Bagaikan mimpi
Menurut Rita, peluang bertemu Tun Dr Mahathir merupakan momen terindah buat dirinya dan anak-anak. Ujar Rita, aura negarawan itu sangat kuat tatkala mereka bersua muka.
Kenangan berharga yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak. Aura Tun sangat kuat.
Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat.
Rezeki kami hari ini berjumpa orang yang hebat. Tak puas betul sembang dengan orang hebat.
Berbicara lebih lanjut, pelakon drama ‘Racun Rihanna’ itu tidak ketinggalan mendoakan Dr.Mahathir dan isteri sentiasa dalam keadaan sejahtera.
Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Banyak lagi soalan nak ditanya. Teruja sungguh Ryan dan Qaqa dapat jumpa negarawan.
Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkata, Rayyan dan Arjuna perlu berasa bertuah kerana mendapat peluang bertemu dan berbual dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Rita Rudaini