berita

Raymond Goh Masih Hidup, Keluarga Mohon Tidak Kongsi Berita Palsu

September 5th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai dakwaan pembaca berita Nightline, Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd Zaman Goh sudah meninggal dunia.

Raymond masih dirawat di hospital

Menerusi kenyataan rasmi daripada keluarga dan isteri Raymod Goh iaitu Faridah Teh memaklumkan bahawa berita tersebut sama sekali tidak benar. Menjelaskan perkara itu, Raymond kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Kami faham ramai yang terkejut dan bimbang selepas mendengar khabar angin tersebut. Oleh itu, tolong abaikan mana-mana sumber yang menyebarkan maklumat tidak benar.

Pihak keluarga juga memohon agar orang ramai memadam dan tidak berkongsi sebarang gambar atau berita palsu yang melibatkan kematian Raymond.

Kami akan memberitahu dari semasa ke semasa mengenai keadaan terkini Raymond  menerusi kenyataan rasmi.

Dalam kesempatan itu, pihak keluarga meluahkan rasa syukur atas sokongan dan berharap agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan Raymond.

Terdahulu, penyampai berita itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan selepas dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

SKIP THIS AD ×