Keadaan rumah sebelum diberi sewa dan selepas
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu video memaparkan keadaan rumah sewanya yang dilihat sangat kotor dan dipenuhi dengan najis kucing.
Satu rumah penuh najis kucing
Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Bayu ini memberitahu bahawa dia merupakan pemilik rumah berkenaan dan dia telah memberikan seorang individu untuk menyewa di situ tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Difahamkan, Bayu memberi individu itu tinggal secara percuma memandangkan mereka mempunyai tali persaudaraan. Tetapi lain pula yang jadinya apabila melihat rumah yang masih dihuni individu terbabit dipenuhi dengan najis kucing yang dibungkus dalam beg plastik.
Dia dah tinggal situ hampir lima tahun. Sebelum ni okay, rumah bersih je. Tapi tahun lepas dalam bulan 9 macam tu, kak Bayu minta dia pindah.
Mungkin sebab tu, dia siap simpan najis kucing. Kali terakhir saya masuk rumah tu bulan Ogos tahun lepas. Dalam plastik tu, semua pasir yang dah bercampur dengan najis kucing.
Tambah Bayu lagi, sebelum ini dia pernah memberitahu keluarga lelaki terbabit namun tiada sebarang tindakan di ambil.
Saya dah hubungi orang tu dan saya diberitahu individu terbabit menghidapi minor strok selama tiga bulan dan disahkan menghidap penyakit saraf.
Jadi dalam masa tiga bulan tu, dia tak dapat angkat berat sebab tu dia simpan najis kucing di rumah tu. Dia tinggal sendirian dan tak beritahu keluarga apa yang terjadi kepadanya.
Menurut Bayu, individu terbabit sudah berjanji untuk membersihkan rumah tersebut.
Video
Sumber: TikTok Bayu