Semalam petang, kecoh satu video di media sosial, apabila berlaku pergaduhan antara dua kumpulan. Kejadian tersebut berlaku di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang. Difahamkan, kesemua yang terlibat dalam pergaduhan tersebut telah ditahan oleh pihak polis.
42 sudah ditahan
Berlaku kekecohan akibat pergaduhan antara 2 kumpulan lewat petang tadi berhadapan Plaza Lowyat. Punca kejadian masih belum dapat dipastikan. pic.twitter.com/2jQB4PxdOx
— MyWatch (@My_CrimeWatch) December 4, 2020
Menerusi laporan Berita Harian, 42 orang yang terbabit dalam pergaduhan tersebut telah berjaya ditahan oleh pihak polis semalam. Pergaduhan tersebut berpunca akibat perebutan pelanggan di premis menjual komputer dan komputer riba.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut, pada tujuh malam.
Sebaik menerima maklumat sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda (URB) dan Ketua Polis Balai Tun H S Lee, bergegas ke lokasi kejadian. Hasil tindakan awal kita sebaik tiba di lokasi kejadian, seramai 42 orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk tindakan lanjut.
Tiada unsur perkauman
Jelas Zainal lagi, penahanan kesemua individu tersebut bagi mengelakkan daripada berlakunya lagi sebarang pergaduhan.
Kita menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun untuk siasatan lanjut bagi menjalankan siasatan mengenal pasti motif sebenar mereka berbalah.
Pihak polis turut menjelaskan bahawa kejadian pergaduhan tersebut, tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur perkauman. Kesemua suspek akan direman bagi siasatan lanjut dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, atas kesalahan melakukan rusuhan.
Sumber: Berita Harian & MyWatch