berita

[VIDEO] Padah Tunjuk Lagak Buat Aksi Ala ‘Superman’, Gadis Ini Ditahan & Dihadapkan Ke Mahkamah

January 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru viral satu video yang memaparkan seorang remaja perempuan sedang menunggang motosikal dia atas jalan raya dengan melakukan aksi ala Superman. Aksi merbahaya yang dilakukan remaja tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mengecam tindakannya itu.

Berikutan daripada isu itu, gadis yang berusia 17 tahun ini dikatakan telah menyerahkan diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerad (IPD) Maran pada 3 Januari lalu.

Aksi ala Superman

Menerusi laporan Sinar Harian, gadis yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dalam kawasan daerah Maran itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman berkata, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan untuk mengenalpasti pelaku yang terlibat dalam kes ini. Hasil daripada siasatam mendapati bahawa motosikal tersebut merupakan milik bapa saudara remaja berkenaan. Kedua-dua mereka ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Dibebaskan dengan jaminan mahkamah

Tambahnya lagi, gadis tersebut yang juga tidak mempunyai lesen itu walau bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1000. Bukan itu sahaja, bapa saudara gadis ini yang juga merupakan pemilik motosikal tersebut turut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan motosikalnya ditunggang penunggang tanpa lesen.

Mahkamah menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: Twitter, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×