berita

[VIDEO] Pak Cik Selamba ‘Redah’ & Lawan Arus Atas Highway Rupa-Rupanya…

February 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pengguna jalan raya seharusnya mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Namun ada juga segelintir daripada mereka yang masih masih ‘degil’ dan tidak mematuhi undang-undang sehingga mengundang risiko terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal waraga emas yang telah melawan arus di lebuh raya menuju ke Kulai.

Lawan arus di highway

https://www.facebook.com/GaleriLoridanBas/videos/564266124159756/

Menerusi video berdurasi 0:32 saat memaparkan, seorang warga emas dilihat dengan ‘selamba’ telah menunggang motosikal di highway dengan menggunakan laluan bertentangan. Video yang sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya yang lain ini telah mendapat perhatian warganet sehingga menjadi tanda tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Berikutan daripada kejadian ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata penunggang motosikal yang berusia 73 tahun tersebut dipercayai mengalami penyakit nyanyuk dan disebabkan itu lelaki ini langsung tidak menyedari tindakaannya yang melawan arus sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bemban untuk tindakan lanjut. Kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jalan raya dan lain-lain kenderaan.

Buat pemeriksaan kesihatan

Menerusi Harian Metro, Azisman turut mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum membuat pembaharuan lesen terutamanya bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

Hal ini bertujuan untuk memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik sebelum menggunakan jalan raya. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi kategori pemandu warga emas, pembaharuan lesen mereka perlu dilakukan setiap tahun tidak seperti pemandu muda lain iaitu dalam tempoh tiga atau lima tahun.

Sumber: Facebook, Harian Metro

SKIP THIS AD ×