berita

[VIDEO] Boleh Pulak Dia Solat Kat Tengah Jalan…

February 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media media sosial memaparkan seorang lelaki sedang mendirikan solat di tengah jalan raya. Tindakan itu bukan sahaja menggangu pengguna jalan raya tetapi ianya juga membahayakan nyawa ramai orang.

Solat tengah jalan

Berdasarkan video yang dikongsikan di akaun TikTok Zaed9 kelihatan seorang lelaki berpakaian t-shirt dan berseluar jeans dipercayai sedang mendirikan solat di bulatan Batu Caves, Selangor. Orang ramai yang melihat situasi itu telah memberhentikan kenderaan untuk membantu dan mengawasi keselamatan lelaki itu.

Menurut si perakam, mereka sudah cuba memujuk dan menyuruh individu tersebut supaya berganjak ke bahu jalan tetapi dia enggan melakukannya. Jelasnya lagi, individu tersebut dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental. Dalam kesempatan itu, dia meminta orang ramai mendoakan pak cik ini agar diberi kesembuhan dan dihindarkan dari segala perkara yang merbahaya.

Pak Cik kurang sihat

@zaed9Macam2 zaman Sekarang ni , bahaya bang Solat Tengah jalan , kalau kena langgar mcm mana .. ##foryoupage ##fy ##fyp? ##fyppppppppppppppppppppppp ##fypp? bunyi asal – GrawRR ?

‘Memang kena jaga’

Kejadian di Batu Caves

  

Sumber: Zaed9

SKIP THIS AD ×