Penampilan pempengaruh media sosial Andika Putera sekali lagi meraih perhatian netizen yang dilihat segak bergaya hanya untuk ke bazaar Ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Dengan ‘Habit’ Andika Putera Berselawat? – ‘Ada Masa Saya Memang Nak Perbaiki Untuk Kawal’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Akhiri Zaman Duda, Pilih Untuk Tidak Dedah Wajah Isteri – ‘Permulaan Baru & Kebahagiaan Yang Tidak Berkesudahan’

Pakaian tak sesuai

@hotcatchstuffabang old money, tak panas ke ?? AURA – Ogryzek

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, penampilan Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh menjadi perbualan hangat di media sosial.

Difahamkan, netizen kurang senang melihat Andika berbusana sut lengkap di bazaar Ramadan.

Selain itu, warganet turut bersimpati dengan isterinya, Dr Amalina yang kerap memakai pelitup muka atau ‘face mask’ apabila di khalayak ramai.

Reaksi netizen

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan pakaian dan beg yang digayakan Andika untuk ke bazaar. Selain itu, terdapat juga warganet yang memohon orang ramai untuk berhenti menganggu pempengaruh berusia 28 tahun itu.

Sumber: TikTok @dilly