Pempengaruh media sosial, Andika Putera tampil menjelaskan apabila terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan tabiatnya yang sentiasa berselawat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Dakwa Pernah Dipukul Beramai-Ramai Tanpa Sebab – ‘Waktu Itu Saya Betul-Betul Tengah Naik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Pilih Andika Putera Sebagai Suami Sebab Nak Kelainan, Bosan Bercinta Dengan Doktor – ‘Kami Sibuk, Kalau Borak Pun Pasal Kerja’

Belajar ilmu agama

@andikaputeraaSelawat acah? Tengok ni. Bukan nya tknak improve, nak improve cuma kadang kadang tersasul. Dan ada video kita dah “aware” dalam rakaman tersebut tambah2 video pendek, kita kawal . Tapi kalau spontan , or anything yang bukan kita “aware”, memang automatik sebab dah dididik gitu. Buat cmne? When dalam video kita control, orng ckp tk selawat plak. When selawat, cakap rimas plak? what is this? Semoga kita? original sound – Andika Putera

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok,  Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh berkata, dia ingin memperbaiki diri dengan sentiasa mengingati Allah.

Sejak tahun 2020, pempengaruh berusia 28 tahun itu telah mengikuti kelas agama bersama gurunya, Tuan Syeikh Zainul Asri.

Ramai yang cakap tentang selawat.

Kadang-kadang orang mula meluat ataupun rasa terganggu.

Betul, saya ingin memperbaiki diri.

Alhamdulillah, sampai sekarang saya masih belajar dengan Tuan Syeikh Zainul Asri.

Dari situlah kita boleh melihat semua anak-anak murid beliau, semuanya berselawat.

Cuba kawal

Dalam pada itu, Andika akui pernah mencuba untuk tidak terlalu kerap berselawat secara terang-terangan, namun, tidak berjaya.

Apabila kita betul-betul mencintai guru, akan melekat personaliti mereka pada kita.

Ada masa saya memang nak perbaiki untuk kawal, tetapi bila kita borak santai, memang terlepas selawat saya.

Pada akhir perkongsian, Andika mengajak orang ramai agar sentiasa berselawat dan segala urusan akan dipermudahkan.

Sumber: TikTok @AndikaPutera