Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa berkongsi tiga cara yang diamalkannya untuk persiapan memasuki bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Neelofa Nafi Hamil Anak Ketiga – ‘Perut Berisi Tomyan & Ikan Stim Limau’
Artikel Berkaitan: Nama Neelofa Dipetik Netizen, Didakwa Promosi Produk Guna Gambar Unsur ‘Soft Porn’
Paksa diri tidur awal
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Neelofa atau nama lengkap Noor Neelofa Mohd Nor, 35, berkata dia sudah mula merancang juadah yang bakal disediakan sepanjang bulan Ramadan.
Menurutnya, dia juga akan memaksa diri untuk mengubah waktu tidur.
Dari tahun-tahun sebelum ini, saya rasa Ramadan selalunya berubah-ubah daripada segi cara saya sediakan diri.
Sekarang ini pun, saya dah mula rancang untuk persiapan juadah.
Saya akan buat setiap juadah punya pes itu lebih awal.
Kedua, saya akan tukar waktu tidur.
Sebelum ini lepas terawih, saya akan terus tidur.
Sebab saya akan bangun pukul 4:00 pagi. Memang paksa diri untuk tukar waktu tidur.
Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perkara ini perlu dilatih lebih awal agar badan mudah menerima gaya hidup yang baru.
Pasangan Ramadan adalah Quran
@naelofarofficial Ramadan is just a month away! ?? Now is the perfect time to start preparing yourself for this blessed month. Here are some key takeaways from Neelofa to help you get ready: 1. Easy meal prep & learn to prep some easy dishes. 2. Ubah cara tidur bermula dari sekarang. 3. Latih diri untuk berpuasa sebelum Ramadan. 4. Tingkatkan bacaan Al-Quran. #Ramadan ? original sound – Naelofar
Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz itu menegaskan untuk tingkatkan bacaan Al-Quran dalam budak Ramadan.
Kalau Ramadan anda tidak dihabiskan dengan membaca Quran, maksudnya anda tidak dapat yang terbaik daripada bulan itu.
Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa baca Al-Quran, sangatlah rugi.
Dalam pada itu, Neelofa menitip pesanan untuk meletakkan sasaran dalam usaha mendekatkan diri dekat dengan Al-Quran.
Sumber: TikTok @Naelofar