berita

[VIDEO] ‘Paling Dirindu’ Talita Buat Ramai Netizen Sebak

February 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Shuib memuat naik sebuah video yang meruntun hati ramai pihak. Video tersebut menunjukkan anaknya, Talita sedang mengalirkan air mata sewaktu menziarah pusara arwah ibunya, Siti Sarah.

‘Paling dirindu’

Menerusi video pendek tersebut, Shuib kelihatan menenangkan anak keduanya itu tatkala anak kecil itu sedang menangis di pusara. Talita yang memakai baju t-shirt bewarna putih pada waktu itu dilihat tidak mampu menahan sebak apabila terkenangkan arwah ibunya.

Sebagai bapa, Shuib turut memeluk dan memujuk anaknya supaya tidak menangis lagi. Seperti yang dikongsikan sebelum ini, Shuib berpesan kepada semua anaknya supaya menghadiahkan doa dan yasin buat arwah Sarah sekiranya mereka terlalu rindu terhadap arwah.

Dekta kena kuat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video tersebut. Netizen mendoakan supaya Talita, Uwais, Matin dan Ayash Affan menjadi anak yang kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber: Shuib

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×