Tular sepotong video di laman Instagram yang menyaksikan kemesraan antara pelakon Tiz Zaqyah dan aktor Keith Foo sehingga mencuri perhatian dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Tak Makan Pisang..,’ – Tiz Zaqyah
Artikel Berkaitan: Belum Sedia Cari Pengganti, Keith Foo Bagi Keutamaan Pada Anak
Bercinta?
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna yang dipercayai rakan kepada Tiz, dapat dilihat kedua-dua pelakon itu sedang mempamerkan aksi mesra seperti berpegangan tangan dan berpelukan.
Lebih menguatkan lagi tanda tanya apabila video berkenaan disunting mengikut trend terkini iaitu terlanggar jodoh yang popular di TikTok.
Pun begitu, sekiranya video tersebut dimuat naik dengan tujuan marketing sesebuah jenama, ia tetap menimbulkan ‘cakap-cakap’ dalam kalangan netizen.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terkejut dan mahukan penjelasan sebenar adakah aktres dan aktor itu benar-benar menjalin hubungan cinta.
Sementara itu, ada juga segelintir yang meninggalkan komen seakan menyatakan mereka ‘merestui’ sekiranya Tiz dan Keith mempunyai hubungan istimewa memandangkan kedua-dua mereka masih lagi solo.
Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga bersama Kim Raymond pada November 2015, namun disahkan bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo yang kini berusia enam tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram