berita

[VIDEO] Parkir Kereta Tepi Jalan, Lelaki Melambung 30 Kaki Terpijak Kabel

August 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau! Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dialami seorang lelaki dari negara India ini apabila dia telah tercampak sejauh 30 kaki sebelum ‘mendarat’ di atas seorang wanita.

Melambung sejauh 30 kaki


Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0:18 saat yang dimuatnaik oleh Daily Mail memaparkan seorang lelaki yang baru sahaja keluar daripada keretanya yang diparkir di tepi jalan secara tiba-tiba telah melambung ke udara. Difahamkan, kejadian ngeri ini berpunca selepas sebuah motosikal telah melanggar satu kabel yang berada di tepi jalan berkenaan.

Kedua-dua mangsa selamat

Berikutan daripada perlanggaran tersebut, kabel itu menjadi tegang dan individu terbabit yang berada betul-betul di atas kabel tersebut telah tercampak sejauh 30 kaki.

Lebih mendebarkan apabila lelaki berkenaan melambung dan sempat ‘mendarat’ di atas seorang wanita yang kebetulan berada dekat dengan kawasan kejadian. Kedua-dua mereka kemudian terjatuh ke tanah. Mereka dilaporkan selamat namun mengalami kecederaan susulan kejadian tersebut.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×