berita

[VIDEO] Pasangan Prihatin Bantu Adik Beradik Di Hadapan Restoran, Dipuji Warganet

November 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial tular satu video, tentang tindakan satu pasangan ini yang memberi makanan dan duit kepada dua beradik yang sedang menunggu seolah-olah sedang meminta sedekah di hadapan restoran makanan segera.

Beri makanan

Pada mulanya, lelaki tersebut hanya memberikan wang kepada adik beradik itu. Namun, melihat mereka sedang mengira duit yang telah diterima membuatkan dia berasa sebak. Lantas menyuruh teman wanitanya memberikan satu set makanan segera kepada adik beradik itu.

Menerusi video yang berdurasi selama 42 saat itu memaparkan tindakan teman wanitanya yang memberikan sebungkus makanan segera kepada dua beradik itu. Adik beradik itu kelihatan sungguh gembira setelah mendapat makanan itu. Malahan, budak lelaki itu sempat menujukkan thumbs up kepada lelaki itu yang merakamnya dari dalam kereta.

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen yang memuji tindakan mereka berdua dan video tersebut telah dikongsi oleh warganet sebanyak 502 kali.

God bless you!

 

Sumber: Samuel Lee Wui Phung

SKIP THIS AD ×