Benarlah orang kata, kalau dah jodoh pasti bertemu jua! Itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan kisah satu pasangan ini yang akhirnya bersatu kembali setelah 16 tahun berpisah.
Rujuk lepas 16 tahun berpisah
Kisah tersebut dikongsikan si anak menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Difahamkan, pasangan ini sudah berpisah sejak 16 tahun lalu malah mereka berdua pernah berkahwin baru dengan pengganti lain. Tetapi rumah tangga yang dibina tidak kekal seperti yang diharapkan.
Namun siapa sangka, jodoh mempertemukan mereka semula. Pasangan warga emas ini akhirnya membuat keputusan untuk bersatu kembali dan melayari perkahwinan mereka dengan bahagia.
Tanggal 10 Oktober 2022, mama dan bapak rujuk dan menikah kembali. Setelah 16 tahun berpisah dan masing-masing telah bernikah.
Ya Allah, semoga ini merupakan pernikahan terakhir bagi mereka. Sihat, panjang umur hingga tua bersama. Dilancarkan rezeki dan boleh melihat semua anak cucu berjaya.
Menerusi video pendek yang dikongsikan, kelihatan pasangan pengantin baru yang memakai baju berwarna putih sedang duduk bersila di hadapan tok kadi untuk melangsungkan akad nikah. Turut kelihatan para tetamu termasuk ahli keluarga menjadi saksi hari bahagia pasangan ini. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta menitipkan doa buat pasangan ini.
Video
Sumber: TikTok Ndiahmad