berita

Pasukan Bola Sepak Kudung Malaysia Ajak TMJ Beraksi Dalam Perlawanan Persahabatan, Ini Reaksinya…

December 18th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, sukan bola sepak merupakan satu sukan yang sangat popular dan sinonim dengan kaum lelaki. Walaupun sukan bola sepak ini memerlukan kekuatan fizikal yang kuat namun kekurangan yang ada pada diri Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia tidak langsung menyentap semangat mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Orang Kudung suatu hari nanti.

Harapan pasukan bakal tercapai

Menerusi perkongsian Hanif Miswan di laman Twitter, dia ada memuatnaik satu video yang dilihat Pasukan Bola Sepak Kudung Malaysia ini sedang meluahkan harapan mereka yang mahu dikenali dan disokong di Malaysia melalui #ProjekTongkat dan bukannya dikenali atas dasar kasihan.

Sementara itu, melalui perkongsian tersebut, individu itu turut menyuarakan hasrat bagi pihak pasukan bola sepak kudung untuk berjumpa dan beraksi bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Perkongsian tersebut telah mendapat respon positif daripada TMJ yang dilihat bersetuju dengan pelawaan pasukan berkenaan.

Aksi semangat pasukan

Reaksi warganet

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya tidak sabar menanti perlawanan persahabatan di antara Pasukan Bola Kudung Malaysia dengan pasukan TMJ.

Sumber: Hanif Miswan, Projek Tongkat

SKIP THIS AD ×