berita

[VIDEO] Patutlah ‘Pecut’ Masa Polis Suruh Berhenti Kereta, Rupanya Nama Dah Ada Dalam Senarai ‘Wanted’

February 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, viral satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta Perodua Viva dilihat telah memecut laju sambil dikejar oleh kereta peronda polis. Difahamkan, kejadian ini berlaku ketika pihak polis menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan terbabit.

Cuba lari dari polis

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian tersebut berpunca daripada tindakan tiga orang lelaki yang didakwa enggan bekerjasama ketika pihak polis menjalankan rondaan di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Difahamkan, pihak polis melihat ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Viva itu berada dalam keadaan mencurigakan. Oleh itu, mereka meminta suspek memberhentikan kenderaan tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila pemandu terbabit bertindak merempuh kereta peronda polis (MPV) sebelum melarikan diri.

Berlaku pergelutan

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kesemua suspek akhirnya berjaya dikejar dan dipintas pihak polis.

Kereta suspek turut merempuh kereta peronda ketika cuba melarikan diri. Bagaimanapun kereta suspek berjaya dipintas dan berlaku pergelutan antara mereka dengan anggota polis sebelum semuanya berjaya diberkas.

Sementara itu, hasil daripada pemeriksaan mendapati salah seorang daripada suspek merupakan orang dikehendaki. Manakala, seorang lagi didapati positif dadah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

‘Kena tangkap akhirnya’

Sumber: Harian Metro, Twitter

SKIP THIS AD ×