berita

[VIDEO] ‘Patutlah Tikus Sekarang Obesiti’ – Bekas Makanan Terdedah, Tikus Seronok Makan Lauk Kedai Mamak

January 16th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, setiap kali pergi ke restoran atau ke premis makanan aspek kebersihan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh semua orang. Jika keadaan sekeliling premis makanan itu kelihatan kotor dan tidak terurus secara tidak langsung ianya akan memotong selera individu yang berada di situ.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Man Isaac ada berkongsi pengalamannya apabila berhadapan dengan satu situasi di mana sebuah premis makanan yang dikunjunginya itu didakwa kurang bersih.

Jijik!

Menerusi video berdurasi 1:13 saat itu memaparkan seekor tikus sedang berlegar-legar sambil ‘menjamu selera’ lauk yang berada di dalam bekas makanan di premis berkenaan. Apa yang lebih mengejutkan apabila bekas makanan yang ‘dihuni’ haiwan perosak tersebut terletak di kawasan terbuka iaitu di hadapan premis makanan yang menjadi laluan keluar masuk pelanggan di situ.

Isunya kat sini aku betul-betul hairan dan pelik. Siapa yang perlu di persalahkan, tikus ke pekerja sana? Korang bayangkan tikus tu masuk dalam bekas makanan yang terang-terang dekat bahagian depan kedai, pun staff tak nampak. Macam mana pula yang di bahagian dapur yang lagi-lagi kita tak nampak.

Menceritakan kisah itu, individu ini berkata kejadian itu berlaku ketika dia menuju ke tandas premis berkenaan. Rakannya yang berada di tempat kejadian itu terlihat ada seekor tikus sedang berlari menuju naik ke dalam bekas makanan tersebut dan menikmati lauk-pauk yang ada di situ. Tetapi menurut individu ini, tiada seorang pun pekerja di premis itu yang menyedari kejadian tersebut.

‘Tikus pun makan kari’

 

Perkongsian ini telah viral dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berang dan turut mempersoalkan tanggungjawab pekerja di situ yang tidak prihatin dengan kebersihan kawasan persekitaran premis itu.

Sumber: Man Isaac

SKIP THIS AD ×