Nama Madammu menjadi bualan warganet selepas tular video usahawan jelita itu berkongsi ‘cara yang betul’ ketika menggayakan perhiasan pearl atau mutiara.
Artikel Berkaitan: Sekian Lama Menanti, Madammu Akhirnya Kongsi Gambar Baby Kayden
Pendapat Madammu
Menerusi video di TikTok, Madammu menegaskan perhiasan pearl tidak boleh digayakan dengan pakaian moden. Kata Madammu, perhiasan pearl hanya sesuai dengan fesyen klasik seperti berbaju kurung.
Pearl tak pernah boleh masuk dengan moden. Pearl tak boleh masuk dengan seluar ranggi melainkan palazo. Kalau saya nampak pakai pearl dengan jeans (jerit menggelupur), tolong la jangan pakai macam itu.
Pearl always go dengan klasik dan lembut. Jangan sesekali pakai pearl dengan seluar jeans! Salah! Jangan jadi mangsa fesyen. Geram saya tengok.
Pearl untuk klasik look. Untuk baju kurung, baju kurung kedah dan baju longgar. Jangan pernah pakai pearl dengan seluar ranggi. Sakit mata tengok.
Pearl saya, ikut suka saya
Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana merasakan itu adalah citarasa masing-masing.
Selain itu, ada juga pengikut yang berseloroh dengan cara pemilik nama Eriyca Baiduri menyebut perkataan pearl.
Sumber: TikTok