Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan! Kata-kata ini sangat sesuai menggambar situasi yang dilalui oleh seorang lelaki ini. Meskipun memiliki kekurangan fizikal, tetapi ianya langsung tidak menghalang individu ini daripada mencari rezeki yang halal.
Lelaki pekak, bisu buat FB Live
Seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Byqeels ada berkongsi satu screenshot akaun Facebook milik seorang lelaki, Mohd Redzuan Mohd Rasip kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak yang gigih menjual pewangi kereta di FB Live menggunakan bahasa isyarat. Individu ini seakan bersimpati melihat lelaki berkenaan bersemangat melakukan live mempromosikan jualannya meskipun tidak mampu berbicara secara normal seperti orang lain.
Lebih meruntun hati apabila melihat jumlah viewers yang menonton live tersebut hanya beberapa orang sahaja. Sementara itu, di akaun TikTok isteri lelaki ini, dia meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu gigih membuat live walaupun mereka masih belum mampu membeli ring light untuk digunakan sebagai pencahayaan tambahan ketika berniaga online.
Kegigihan lelaki ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji usahanya dalam mencari pendapatan yang halal selain tidak menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang untuk tidak berbuat apa-apa. Dalam kesempatan itu, mereka turut mendoakan agar lelaki ini dimurahkan rezeki dan berharap agar barang jualannya laku.
Gigih jual online
Promosi produk pewangi kereta
Tak ada modal beli ring light
@cikfieyka#bliese#bliesematic#blieseEDP#blieseairfreshner Yang berminat dengan produk bliese bole pm sy ???? original sound ? – ceellllllllll
Sumber: Byqeels, Mohd Redzuan Mohd Rasip, Cik Fieyka