Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak menghiraukan kecaman yang diterimanya hanya kerana mempertahankan rakan rapatnya, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Jalani Penggambaran Bersama, Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal Atau Cerita Hal Wanita’ – Pekin Ibrahim
Nak baiki hubungan Fattah & Fazura
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mohd Iznan Ibrahim ini berkata, perkongsian yang dibuat menerusi laman Facebooknya itu adalah bertujuan untuk membantu memperbaiki hubungan diantara Fattah dan Fazura.
Kecaman itu perkara biasa. Ada yang suka dan ada yang tidak. Saya bercakap sebegitu sekiranya Fazura terbaca, dia boleh menilaikan semula keputusannya.
Ini perkara baik. Kita tak nak rakan-rakan bercerai berai dan mahu mereka kembali bersama. Apapun, yang melalui ini mereka sendiri dan mereka lebih tahu.
Sebagai kawan, saya nak bagitahu perkara positif sahaja. Bila kata Fattah curang, saya tak percaya. Saya kenal Fattah macam mana.
Saya buat posting tersebut agar orang tahu perangai sebenar Fattah.
Pekin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.
Tak sokong sebelah pihak
Tambah pengarah filem ‘Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’ itu lagi, dia juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya hanya menyokong sebelah pihak sahaja.
Kedua-duanya saya kenal. Kami pernah lepak sekali. Saya juga pernah berlakon dengan Fazura tapi saya lebih rapat dengan Fattah. Sudah tentu saya akan pertahankan teman sendiri.
Kalau dia pun perangai entah apa-apa, saya pun tak akan pertahankan. Saya tahu dia macam mana. Sebab itu saya yakin Fattah bukan orang yang sebegitu (curang).
Orang lain pun tahu perangai Fattah macam mana. Dia memang budak baik.
Ketika ditanya mengenai Fattah sewaktu mereka menjalani sesi penggambaran filem bersama, pelakon berusia 42 tahun ini berkata rakan baiknya itu kelihatan tengan dan tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah.
Fattah tiada kongsi apa-apa. Kami jalani penggambaran yang lama di Terengganu. Bila saya tanya Faz tak datang ke? Dia kata Faz ada di luar negara.
Dia juga kerap berkongsi fasal anak. Maklumlah anak-anak kami pun sama-sama masih kecil. Kami menjalani penggambaran seperti biasa.
Fattah berikan komitmen yang sangat baik seperti tiada masalah.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.
Walau bagaimanapun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.