berita

[VIDEO] Pelajar Kreatif Cipta Lagu Rap Untuk Hafal Subjek Sejarah, Tak Bosan Lagi Lepas Ni!

December 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Tidak dapat dinafikan bahawa subjek sejarah sememangnya sarat dengan pelbagai peristiwa yang perlu dihafal jika dibandingkan dengan subjek-subjek yang lain ketika zaman persekolahan.

Untuk mengurangkan rasa bosan apabila belajar subjek tersebut, seorang pelajar lelaki yang dikenali sebagai Aaron Lim telah berjaya mencipta teknik hafal nota sejarah guna lagu rap. Video yang dikongsikan Aaron di media sosialnya itu mampu mengubah persepsi pelajar untuk meminati subjek tersebut.

Sejarah tingkatan 5

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Lim? (@ming_aa_ron_)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Lim? (@ming_aa_ron_)

Menerusi video yang dimuat naik, pelajar tersebut dilihat sedang rapping beberapa butiran penting yang ada di dalam subjek sejarah tingkatan lima. Dengan rentak rap yang lit, semua nota-nota penting dapat dihafal dengan mudah bahkan ianya akan terus kekal bermain di fikiran tatkala mendengar rentak rap tersebut.

Kelas dengan kau lepas ni

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi positif terhadap usaha Aaron dan ada juga yang menanti video rapping yang baru mengenai bab-bab lain.

Sumber: Aaron Lim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×