berita

[VIDEO] Pelajar Malaysia Dipilih Berucap Depan 7000 Orang Pada Hari Graduasi Di AS

December 18th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pelajar Malaysia yang dikenali sebagai Lisa Nur Marini Mohd Kamal telah memberi inspirasi serta mengharumkan nama Malaysia apabila dia dipilh menjadi wakil graduan untuk memberi ucapan sempena hari graduasinya di Universiti Wisconsin Madison. Apa yang lebih membanggakan apabila dia diberi peluang untuk berucap di hadapan 7000 warga Amerika Syarikat di universiti tersebut.

Dendang lagu Broadway

https://www.facebook.com/TheStarOnline/videos/1017512898641393/

Menerusi video yang viral baru-baru ini, gadis yang berusia 22 tahun itu telah memulakan ucapannya dengan mendendangkan lagu Broadway muzikal popular, Hamilton yang dijadikan sebagai mekanisme untuk dia menempuhi hari-hari sukarnya bergelar sebagai seorang pelajar.

Dalam pada itu menerusi Malay Mail, Lisa yang merupakan siswazah bidang Geologi turut menceritakan perjalanan hidup yang dilaluinya demi melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka itu. Lisa yang berasal dari Kuala Lumpur itu mengakui bahawa dia dilahirkan di Amerika Syarikat memandangkan kedua-dua ibu bapanya juga pernah belajar di negara tersebut tetapi dia telah dibesarkan sepenuhnya di Malaysia.

Hadapi kesukaran bergelar pelajar Geologi

Menceritakan kisah itu, Lisa yang merupakan penerima biasiswa daripada Petronas itu turut mengakui dia juga pernah melalui ‘zaman’ sukar semasa dia berada di tahun kedua sebagai seorang pelajar jurusan Geologi yang dipilihnya itu.

Tahun kedua saya di kolej, saya menghadapi beberapa kesukaran sehingga hilang motivasi untuk menghabiskan ijazah ini.

Saya masih ingat ketika berusia enam tahun, saya menangis ketika beraksi diatas pentas kecil, namun kini pada usia 22 tahun, saya diberi peluang untuk berucap di hadapan khalayak ramai. Ia sangat menakjubkan.

Saya tidak dapat menghabiskan pelajaran ijazah ini tanpa rakan-rakan yang ada di sini.

Menerusi portal University of Wisconsin Madison, seorang profesor di Jabatan Geosains iaitu Laurel Goodwin ada menceritakan serba sedikit bagaimana Lisa memilih untuk mengambil kursus peringkat siswazah yang sangat mencabar dalam analisis mikropro elektron.

Bukan itu sahaja, Lisa juga merupakan seorang pelajar yang sangat hebat kerana pernah dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah “On To the Future” daripada Persatuan Geologi Amerika.

Sumber: Malay Mail, University of Wisconsin Madison

SKIP THIS AD ×