berita

[VIDEO] Pelanggan ‘Naik Hantu’ Belasah Pekerja Stesen Minyak Selepas Diminta Pakai Mask

June 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak agresif dengan memukul pekerja stesen minyak yang terletak di Sungai Plan, Bintulu, Sarawak.

Pekerja stesen minyak ditumbuk

https://www.facebook.com/damia.honeyja.3/videos/pcb.3004125059695966/693539881479735/?type=3&theater&ifg=1

Menerusi video yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu memaparkan seorang pelanggan lelaki telah memasuki premis berkenaan untuk membeli air minuman. Menurut perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Damia Hanie, pekerja stesen minyak tersebut dikatakan telah menegur dan tidak membenarkan individu itu masuk kerana dia tidak memakai facemask.

Suspek yang berang dan tidak puas hati dengan keputusan itu didakwa telah menyerang pekerja tersebut sebelum menumbuk muka dan kepalanya. Seorang lagi pekerja cuba menghalang suspek daripada terus memukul mangsa tetapi malangnya usahanya itu tidak berjaya.

Laporan polis dibuat

Difahamkan, mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung dengan kes berkenaan dan diharapkan agar suspek akan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Menurut laporan tersebut, mangsa memberitahu bahawa suspek yang telah membeli minuman terus menyerang dan menumbuknya. Tambahnya lagi, dia langsung tidak tahu punca sebenar yang mendorong lelaki yang tidak dikenalinya itu bertindak sedemikian. Berikutan daripada kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami sakit pada bahagian muka dan kepalanya.

Sumber: Damia Hanie

SKIP THIS AD ×