berita

[VIDEO] Pemain JDT Syafiq Ahmad Kemalangan, Bayi Berusia 22 Hari & Ibu Mertua Meninggal Dunia

December 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Penyerang muda pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap. Lebih mengejutkan apabila mengetahui insiden cemas yang berlaku awal pagi tadi turut mengorbankan seorang bayi.

Bayi meninggal dunia

Menerusi laporan yang dipetik daripada Utusun Malaysia, ketika kejadian, pemain bola sepak JDT yang dikenali dengan nama Muhammad Syafiq Ahmad bersama dua orang anak, isteri dan dua individu lain berada dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire. Syafiq Ahmad dipercayai dalam perjalanan pulang ke Pendang bersama ahli keluarga.

Tetapi malangnya kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan. Selepas menerima laporan, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Detik cemas


Ekoran daripada pelanggaran tersebut, seramai tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia termasuk seorang bayi lelaki berusia 22 hari, seorang wanita warga tempatan (ibu mertua) Zainab Wahab dan warga Indonesia Titik Sukamti.

Sementara itu, Syafiq Ahmad dan anak perempuannya berusia dua tahun mengalami kecederaan ringan manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain mengalami kecederaan parah. Difahamkan, isteri Syafiq Ahmad kini berada di zon merah Hospital Seberang Jaya setelah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap.

Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo Online, Berita Harian Online

SKIP THIS AD ×