berita

[VIDEO] Pemandu Bas Buat FB Live Marah Penumpang Batuk Maut Akibat Covid-19

April 4th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Nama Jason Hargrove yang juga merupakan seorang pemandu bas di Amerika Syarikat sebelum ini telah menjadi bualan hangat pengguna media sosial selepas dia memuatnaik satu video Facebook Live. Dalam video tersebut dia dilihat begitu berang dengan tindakan seorang wanita yang batuk secara terbuka di dalam bas yang dipandunya itu.

Berang dengan penumpang batuk


Sebelum ini, Jason Hargrove yang berkhidmat sebagai pemandu bas di Jabatan Pengangkutan Detroit ada menceritakan tentang tindakan tidak bertanggungjawab salah seorang penumpang bas berkenaan kerana dengan selambanya telah batuk di hadapan penumpang lain. Tindakan itu sedikit sebanyak telah mencetuskan keresahan mereka yang berada di dalam bas berkenaan memandangkan pada ketika itu wabak pandemik Covid-19 dilihat semakin membimbangkan di negara tersebut.

Tambahnya lagi, kebanyakan pekerja awam melakukan tugas mereka dan berusaha secara ikhlas untuk menjaga keluarga tetapi masih ada individu yang tidak mengambil berat tentang wabak ini. Golongan tidak bertanggungjawab ini dengan perasaan sambil lewa dan tanpa rasa serba salah batuk di hadapan orang ramai tanpa menutup tangan.

Disahkan meninggal dunia

Menerusi laporan CNN, empat hari selepas kejadian tersebut, Hargrove telah mula jatuh sakit dan dia nekad untuk kuarantin diri kerana bimbang dengan keadaan kesihatannnya lebih-lebih lagi apabila dia pernah terdedah dengan wabak maut tersebut. Apa yang lebih mengejutkan ramai apabila seminggu selepas itu, Hangover disahkan meninggal dunia. Berita sedih pemergian pemandu bas ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Kesatuan Bas Detroit iaitu Glenn Tolbert.

Tambahnya lagi, mereka tidak dapat mengesahkan bahawa kematian Hangover itu mempunyai kaitan dengan penumpang wanita yang dimaksudkan dalam video tersebut ataupun tidak tetapi apa yang pastinya keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemandu bas di kawasan Detroit. Ada juga dalam kalangan pemandu bas tersebut telah dicadangkan untuk berhenti kerja.

Difahamkan sejak kejadian itu, pemandu bas di Detroit kini telah dibekalkan topeng muka dan sarung tangan sebagai langkah melindungi diri daripada dijangkiti awabak Covid-19.

Sumber: CNN, Wahington Post, Jason Hargrove