berita

[VIDEO] Pemandu Kereta Perodua Axia Maut Selepas Dirempuh Dari Arah Belakang

April 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan. Kemalangan ngeri yang melibatkan dua buah kenderaan itu berlaku di Lebuh Raya Persekutuan dekat Kilometer 32.9 menghala ke ibu negara.

Dirempuh dari arah belakang

Memetik laporan Kosmo, kemalangan itu berpunca apabila sebuah kereta Perodua Bezza yang datang dari lorong paling kanan telah merempuh dari arah belakang sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada di lorong tengah. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pelanggaran yang berlaku menyebabkan kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun itu hilang kawalan.

Pemandu Perodua Bezza yang secara tiba-tiba bertukar lorong ke kiri dalam keadaan laju telah merempuh bahagian belakang kereta wanita berkenaan mengakibatkan ia hilang kawalan dan terbalik.

Susulan daripada itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia manakala pemandu kereta Perodua Bezza tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil ujan air kencing dan ujian pernafasan ke atas pemandu lelaki berusia 34 tahun itu didapati negatif daripada sebarang bahan terlarang serta alkohol.

Difahamkan, siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurut sumber, suspek juga telah ditahan oleh pihak polis untuk diambil keterangan namun disebabkan faktor kesihatan, suspek telah dibebaskan dengan jaminan.

Video kemalangan


Sumber: Kosmo, Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×