Sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakan orang memiliki pembantu rumah untuk memudahkan urusan seharian. Kebiasaannya khidmat pembantu rumah ini ditawarkan oleh mereka yang datang dari Indonesia dan Filipina. Walaupun hanya berstatus pembantu, tuan rumah melayan mereka seperti keluarga sendiri.
Namun, hancur hati apabila pembantu mengambil kesempatan apabila tuan tiada di rumah.
Nasib owner sempat balik
Rumah member..maid plan nk bawak lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan2 dia..nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia?#update&info?? pic.twitter.com/2NAOImbc9p
— Nanmanjoi?? (@Nannaz17) February 25, 2020
Menerusi sebuah tweet yang viral di laman sosial, kelihatan seorang pembantu mengangkut beg yang berisi barang dipercayai milik tuan rumah. Sumber menyatakan pembantu rumah tersebut sudah berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk melarikan diri. Siap standby lori lagi! Di ruangan komen, ramai yang mengkritik perbuatan terkutuk tersebut.
Video lain
Di Facebook, Naz Nana menerusi laman Update&Info memuatnaik 4 lagi video kejadian. Dapat dilihat beberapa buah bagasi beserta satu guni pakaian disyaki untuk dilarikan.
Dah macam Kassim Baba
Sumber : Nannaz17