berita

[VIDEO] Peminat Suka Tengok Reaksi Geram Anak Fazura Bila Tiup Lilin Tak Padam

September 15th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Kehadiran Fatima dalam kehidupan pasangan selebriti terkenal iaitu Nur Fazura dan Fattah Amin menambahkan lagi keceriaan buat keluarga kecil mereka. Malah, Ssambutan hari jadi Fattah Amin baru-baru ini lebih meriah dengan gelagat yang ditunjukkan oleh anaknya, Fatima.

Artikel berkaitan: Anak Fazura Terima Hadiah Rantai Berlian Sempena Harijadi Daripada Tengku Permaisuri Selangor – ‘Awak Layak Terima Cinta & Kebahagiaan Di Dunia Ini’

Artikel berkaitan: Memang Copy Paste Muka Fattah Amin. Comelnya Nur Fatima Aisya!

Tak padam pun api tu

Menerusi laman Instagram Lovelyfatima, satu video yang diambil daripada story Instagram milik Fattah Amin memaparkan aksi yang mencuit hati peminat apabila Fatima menyanyikan lagu happy birthday daddy. Semasa Fatima menyanyikan lagu happy birthday, terdapat sebiji kek yang tertulis ‘Happy birthday Dada, Love Maryam’ dan sebatang lilin diatasnya.

Lebih menarik, apabila reaksi muka Fatima semasa disuruh untuk meniup lilin. Gaya mulut yang dimuncungkan serta muka yang berkerut kerana api pada lilin tidak terpadam.

tak padam pun api tu

Namun, tiupan Fatima tidak berjaya memadamkan api tersebut, lalu Fattah Amin yang meniupkan lilin itu bersama-sama anaknya.

Video

Sumber: @Lovelyfatima

SKIP THIS AD ×