![[VIDEO] Pempengaruh Dedah Bukti Dicurangi, Suami Mohon Jaga Air Muka Demi Anak](https://asset.ohbulan.com/2026/02/nurinlofa.jpg)
Pempengaruh yang dikenali sebagai Nurin Lofa mendakwa suaminya, Fadrul curang dengan seorang gadis yang berasal daripada Temerloh, Pahang.
Artikel Berkaitan: Wanita Dipenjara Selepas P*tong & T*tak Kemaluan Suami 50 Kali Akibat Curang
Artikel Berkaitan: ‘Yang Mana Nak Curang, Jangan Curang Di Rembayung’ – Khairul Aming
Suami curang dengan gadis STPM
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nurin akui gian untuk mendedahkan segala bukti namun ditegur suaminya untuk menjaga maruah selaku bapa kepada anak mereka, Jebat.
Tambah pempengaruh berusia 21 tahun itu, dia mengambil keputusan untuk menurunkan segala hantaran berkenaan aib suaminya ekoran teguran yang diterima.
Selain itu, Nurin enggan memaafkan wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya.
Ikutkan hati aku nak muat naik saja semua. Tapi disebabkan dia minta simpati sebagai ayah kepada anak kami.
Katanya, ada air muka yang perlu dijaga.
Aku padam semua.
Aku sumpah atas nama mak ayah aku, kau (orang ketiga) tidak akan bahagia dunia dan akhirat.
Dalam pada itu, pempengaruh tersebut memilih untuk menyelesaikan hal rumah tangganya di mahkamah syariah.
Aku dah selesai dengan Fadrul sebab biar kami uruskan di mahkamah syariah nanti.
Cuma budak Temerloh, kau dengan aku tak habis lagi. Jangan ingat kau boleh lari macam itu saja. Kau tunggu saja hari kau, tak hari ini, hari esok.
Sekadar info, Nurin mendirikan rumah tangganya bersama suami pada tahun 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada September 2024.
Sumber: TikTok @nurinlofa