Pempengaruh Rasyidin mengalami ‘panic attack’ semasa menghadiri Gempak Most Wanted 2024.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakan Menari Bersama, Netizen ‘Panic Attack’ Tengok Aksi Maya Karin & Remy Ishak
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Thank God Semua Berjalan Lancar…Tak Rasa Nak Pengsan’ – Maya Karin
Panic attack
@madamaisel #mostwantedgempak #aisellifestyle ? original sound – Madam Aisel
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rasyidin memohon maaf atas keadaan yang dialaminya ketika malam berprestij itu.
Menurutnya, dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak hadir pada mana-mana majlis besar.
Saya betul-betul mintak maaf untuk semalam.
Saya ada sebab kenapa saya tidak pernah hadir mana-mana big show.
Sebab saya akan menyusahkan semua pihak.
Saya mintak maaf sekali lagi.
Tapi mungkin itu adalah pertama dan terakhir.
Saya mungkin sesuai dalam bilik sahaja.
Dalam pada itu, pempengaruh yang tercalon dalam kategori Digital Creator Gaya Hidup Tergempak 2024 itu harap tidak tercalon untuk mana-mana anugerah lagi.
Peminat beri kata semangat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata semangat kepada Rasyidin kerana kekal kuat melawan serangan panik yang dialaminya. Selain itu, warganet turut memberi sokongan penuh pada pempengaruh tersebut.
Sumber: TikTok @madamaisel @Rasyidinneedyou