Seorang pemuda, Ariff Peter yang tular baru-baru ini kerana berhutang lebih RM 1 juta kini dapat menarik nafas lega apabila telah berjaya melunaskan hutang tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tanggung Beban Hutang RM1 Juta, Pemuda Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda Tinggal Dalam Proton Wira Kecewa Jadi Mangsa Konten, Disuruh Datang Negeri Sembilan Konon ‘Review’ Makanan
Jaga adab berdoa
Menerusi hantaran di TikTok, Ariff atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut memberi respon terhadap pertanyaan warganet berhubung doa yang diamalkannya untuk memudahkan urusan melangsaikan hutang.
Aku bukan orang yang alim atau orang yang warak nak cerita pasal agama ini sebenarnya. Aku sedar yang aku banyak lagi yang perlu diperbaiki dan juga banyak lagi perlu mendalami ilmu agama.
Cuma aku rasa terpanggillah bila ada ramai sangat yang komen dekat aku, yang tanya dekat aku, yang DM aku tanya apa amalan aku buat sampai hutang aku yang banyak sangat tu boleh selesai.
Menurut pemuda berusia 27 tahun itu, dia tidak mempunyai sebarang doa yang terperinci namun dia lebih mengutamakan adab ketika memanjatkan doa kepada Allah.
Sebenarnya bukanlah amalan sangat pun, cuma bila aku berdoa aku tak pakai ‘aku kau’. Aku selalu berdoa ‘Ya Allah..hamba’ . Sebab bagi aku sendiri ‘kau aku’ tu macam kita bercakap dengan kawan-kawan. Inikan pula bila kita nak memohon sesuatu kepada Tuhan.
Jadi yang pertama bagi aku adalah adab kita berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT dan paling penting sebenarnya adalah tingkatkan keyakinan sebagai seorang hamba.
Terdahulu, Ariff terpaksa menanggung bebanan hutang tersebut gara-gara terpedaya dengan pelaburan mata wang digital.
@ariffpeter
Sumber: TikTok Ariff Peter