Pemuda yang tinggal dalam kereta Proton Wira dikenali sebagai Ariff Peter kesal ditipu oleh seorang individu yang kononnya ingin mendapatkan khidmat ditawarkan.
Artikel Berkaitan: 20 Makanan Youngster ‘Berhimpun’ Di Top Viral Food Festival
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Makan Apa Je RM5?’ – Lelaki Sebak Jumpa Guard Bungkus Nasi Kosong & Kuah Untuk Makan Malam
Kena scam
@ariffpeterTravel dari KL ke Negeri Sembilan semata-mata kena scam.? Mungkin Aku Tak Penting? (feat. Tish Errda) – Luqman Podolski
Menerusi hantaran di TikTok, Arif, 27, berkata perjalanan dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan untuk ‘review’ makanan hanya scam semata.
Travel dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan semata-mata kena scam. Kata ada job review makanan.
Rupanya orang ajak bergurau. Takpe, aku yakin ada rezeki lain Tuhan nak bagi.
Pemilik nama Ariff Luqman Peter Lisut turut mendedahkan tangkapan skrin mesej dengan individu terbabit yang menyatakan ‘review makanan’ itu sekadar konten.
Akibat berasa bersalah, individu itu meminta nombor akaun bank Arif untuk membayar duit minyak sebagai tanda minta maaf.
Abang sorry konten saja ini. Sorry abang. Abang bagi nombor akaun (bank). Saya nak bagi duit minyak balik. Sorry abang ingat abang main-main saja.
Bagaimanapun, Arif menolak pemberian itu dengan ucapan terima kasih.
Tak kena masa ajak gurau
Menjengah di ruangan komen, warganet bersimpati apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam kesusahan Arif.
Selain itu, netizen turut mendoakan agar Ariff tabah dengan ujian Allah serta dikurniakan rezeki seluas langit.
Sebelum ini, kisah Ariff Peter yang terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang juga satu-satunya harta miliknya, selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu tular di media sosial.
Ariff tersilap ‘percaturan’ apabila terpedaya dengan pelaburan mata wang digital menyebabkannya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.
Sumber: TikTok & Harian Metro