Meskipun sudah berkecimpung dalam industri seni lebih daripada 20 tahun, pelakon Nadiya Nisaa mengakui masih memilih untuk membintangi naskhah seram ekoran sukar mengawal rasa takut.
Artikel Berkaitan: Nadiya Nisaa ‘Starstrucked’ Bergandingan Dengan Hisyam Hamid – ‘Dia Kacak Sangat’
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Pelakon Ada Cabaran Menghidupkan Watak, Hujung Pangkal Ia Terletak Kepada Niat’ – Nadiya Nisaa
Kualiti filem
Pun begitu, pada kali ini Nadiya atau nama lengkapnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin mencabar dirinya untuk berlakon filem seram keduanya iaitu Polong, arahan Zulkarnain Azhar.
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Nadiya mendedahkan bahawa keputusannya untuk terlibat dalam filem Polong adalah kerana keyakinannya terhadap kualiti dan kredibiliti pengarah yang menerajui projek berkenaan.
Saya sendiri memang seorang yang penakut, jadi saya tidak mahu masuk dalam dunia itu. Tetapi selepas pengalaman pertama bersama dengan pengarah filem Harum Malam, Dain Said saya terasa dekat dengannya.
Dain juga berjanji untuk menyediakan persekitaran yang selamat semasa sesi penggambaraan.
Saya terima bukan sahaja sebab kenal secara peribadi tetapi sebab karya mereka. Saya tahu cerita ini bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi akan ada nilai dan kualitinya.
Nadiya berkata demikian ketika Majlis Pelancaran filem Polong di Damansara Performing Arts, pada Khamis.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 40 tahun itu mengakui bahawa sebelum ini, dia tidak pernah mengalami sebarang kejadian mistik. Namun, sejak kecil, dia sememangnya seorang yang lemah semangat.
Tiada pengalaman. Tetapi memang lahir sahaja terus jadi seorang penakut.
Bila sudah tahu diri seorang yang lemah semangat, kita tidak mahu bermain dengan benda seperti itu.
Saya juga tidak tengok sangat filem seram takut terbawa-bawa.
Atasi rasa takut
Ditanya mengenai cara mengatasi rasa takut, pelakon filem Harum Malam itu berkata sebagai langkah berjaga-jaga, dia meminta doa pelindung daripada ustaz.
Untuk pengalaman yang pertama saya memang tanya kenalan yang kenal dengan ustaz untuk sediakan doa untuk saya.
Sebelum pergi ke lokasi penggambaraan dan berada di tempat itu, saya amalkan doa yang diberi.
Selain daripada itu, saya juga melihat sendiri proses pembikinan lokasi penggambaraan daripada awal sampai akhir supaya saya tahu bagaimana ia dibuat.
Nadiya turut berkata selama sesi penggambaraan berlangsung pada filem seram sebelum ini, dia tidak pernah mengalami perkara mistik sama seperti pelakon lain.
Untuk info, filem Polong bakal menjalani penggambaraan filem pada Mei depan dan bakal menemui penonton pada tahun hadapan.