Rezeki cahaya mata merupakan sesuatu yang sangat diharapkan bagi pasangan yang berkahwin. Amanah Allah SWT itu merupakan permata hati dan menyerikan lagi hubungan kekeluargaan.
Namun, tidak semua diberikan rezeki hamil seawal tahun pertama berkahwin. Seperti perkongsian Dr Thokha di Instagram, seorang wanita menitiskan air mata sebaik sahaja melihat keputusan alat ujian kehamilan.
7 tahun menanti
Difahamkan, penantian selama tujuh tahun wanita ini berakhir apabila doktor memberitahu keputusan ujian kehamilan adalah positif. Wanita yang hadir bersama ibu segera menangis kegembiraan dan memeluk erat ibu.
Tambah doktor, semasa ujian kehamilan dijalankan, wanita ini berada pada kitaran haid yang ke-24 hari menyebabkan garisan positif sedikit kabur.
Doktor mencadangkan wanita ini membuat ujian air kencing lagi sekali pada minggu hadapan apabila lewat haid tiga hari untuk melihat dengan jelas garisan tersebut.
Turut menangis
Sumber : Dr Thokha