berita

Video Pendek Dipuji Netizen, Perkeso ‘Seru’ Golongan Bekerja Sendiri Terutama Penghantar Makanan Carum Sekarang

January 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Sejak belakangan ini, kita sering mendengar isu kemalangan jalan raya membabitkan penghantar makanan sehingga meragut nyawa. Kemalangan yang menimpa golongan penghantar makanan ini ternyata memberi kesan buat ahli keluarga mereka. Mana taknya, majoriti daripada golongan ini merupakan ketua keluarga yang ingin mencari pendapatan buat isteri dan anak-anak.

Di Facebook, Pertubuhan Keselamatan Sosial atau lebih dikenali sebagai PERKESO, memuat naik satu video kesedaran buat masyarakat terutama penghantar makanan agar mereka mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) demi masa depan waris sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Sediakan payung sebelum hujan

Menerusi video berdurasi 7:28 saat itu, PERKESO menceritakan tentang penghantar makanan yang mengalami kemalangan maut semasa hendak menghantar pesanan kepada pelanggan. Menurut PERKESO, golongan seperti penghantar makanan dan mereka yang bekerja sendiri ini perlu mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) demi masa depan waris yang ditinggalkan.

Ini kerana, kesemua waris berkemungkinan layak untuk menerima bantuan Faedah Orang Tanggungan (FOT) iaitu bayaran pencen sehingga RM3,555 sebulan sepanjang hayat.

Faedah SKSPS

Buat pengetahuan korang, SKSPS mempunyai lapan faedah buat pencarum. Antaranya, faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, orang tanggungan, layanan sentiasa, pengurusan mayat, pinjaman pendidikan dan kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional.

Di samping itu, SKSPS telah memperluaskan jumlah sektor dibawahnya. Antara sektor yang terlibat ialah pengangkutan penumpang, penghantaran barangan atau makanan, penternakan, perikanan, makanan, pembuatan, penjaja, teknologi maklumat, perhutanan, pembinaan, perkhidmatan isi rumah, perkhidmatan sokongan, kesenian, perkhidmatan profesional, ejen, perniagaan online, pemprosesan data, penjagaan perawatan dan pemulihan kesihatan, premis penginapan serta pertanian.

Mengenai bayaran caruman bulanan pula, ianya bermula daripada RM13.10, RM19.40, RM36.90 dan RM 49.40. Bagi bayaran caruman setahun pula, ianya bermula daripada RM157.20, RM232.80, RM442.80 dan RM 592.80. Sebarang pertanyaan korang boleh layari perkeso.gov.my.

Sumber: PERKESO

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×