Di media sosial tular beberapa klip video yang berjaya membuatkan netizen berasa sebak. Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketabahan seorang warga meas yang telah uzur tinggal berseorangan di rumahnya. Malah, apa yang lebih meruntun jiwa apabila melihat keadaan fizikal warga emas ini yang kurus kering dan tidak lagi bermaya.
Kejadian ini berlaku di Lamongan, Jawa Timur, Indonesia. Sedihnya!
Video sedih
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News. nenek yang berusia 80 tahun ini, dikenali sebagai Muntiah merupakan seorang janda yang tinggal secara berseorangan dan tidak mempunyai anak. Video tersebut mula tular, apabila seorang pengguna laman Instagram memuat naik video tersebut dah meraih perhatian penduduk Indonesia. Lagi menyedihkan, apabila suami Muntiah sudah pun meninggal dunia.
Sebenarnya, Muntiah ini sering dilawat oleh saudaranya yang lain. Namun, kadang kala saudaranya tidak dapat memantaunya kerana duduk di dua rumah yang berbeza.
Menurut Ketua Kampung, Pangkatrejo Kecamatan Sugio, Usmin, Muntiah tinggal secara berseorangan di rumahnya dan kadang kala saudaranya yang lain tampil memberi makanan dan membantu dari segi barangan keperluannya.
Tidak lagi berdaya
Difahamkan berikutan usianya yang telah lanjut, warga emas itu tidak lagi mampu berjalan dan menyebabkan dia hanya terbaring di lantai sahaja. Bahkan, jika dilihat pakaian yang dipakainya juga telah lusuh dan kotor.
Susulan daripada itu, Usmin menjelaskan pihaknya akan memantau Muntiah dengan lebih kerap selepas ini dan ditugaskan seorang untuk menjaga segala keperluan Muntiah.
Segala perbelanjaan termasuk upah merawat, saya yang akan jelaskan.
Pada masa yang sama, nama Muntiah juga akan didaftarkan sebagai salah seorang penerima bantuan sosial daripada pihak kerajaan.
Sumber: Tribun News