berita

[VIDEO] Pengamal Perubatan Islam ‘Sekolahkan’ Ali Puteh, Bukan Sihir Cuma Proses Memagar Rumah

February 11th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Susulan pendedahan pelawak Ali Puteh yang mendakwa balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali melakukan upacara ritual tertentu di luar rumah, pengamal perubatan Islam tampil menjelaskan situasi sebenar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000

Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah

Artikel Berkaitan: ‘Bergelak Ketawa La Dengan Sindiran Komen, Ini Barang Jangan Dibuat Main’ – Ali Puteh

Tiada tanda sihir

@kandazakiyy #stitch with @Ohbulan ? original sound – KANDA ZAKIYY

Menerusi video di TikTok, pengamal perubatan yang dikenali sebagai Zaki Samsuddin menyangkal dakwaan wujud unsur sihir dalam rakaman yang dikongsikan Ali.

Jelasnya, bahan-bahan yang digunakan itu adalah untuk memagar rumah daripada gangguan syaitan.

Pertama, balu arwah datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang bomoh. Kedua, tiada tanda-tanda sihir yang ada dekat situ.

Kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara diguna pakai untuk tujuan memagar di rumah. Boleh jadi rumah itu baharu dipagar.  Tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah.

Sihir jumpa kain kuning

Dalam pada itu, Zaki menyatakan sekiranya perbuatan yang diperkatakan itu sihir, pelawak berumur 33 tahun akan menemui ayam, kain kuning yang terikat serta bangkai haiwan.

Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu. Contohnya seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang mati.

Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber sihir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah sihir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu.

Pada Jumaat lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah peninggalan arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik.

Hidayah juga menggesa Ali untuk menyegerakan bayaran RM60,000 seperti yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

Selepas Hidayah pulang, Ali memuat naik video dengan menunjukkan kawasan luar pagar rumah itu yang ditaburi garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×