Pengasas jenama beg tangan, Brik iaitu Sabrina Ridzal memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku semasa acara yang dianjurkannya baru-baru ini mendapat pelbagai komen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Reseller’ Cekik Darah! Ambil Kesempatan ‘Resell’ Beg FOMO Cecah RM1,000 – ‘Agak-Agaklah Weh’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Semula Harga Beg Tangan ‘Hermes Birkin’ Milik Vivy Yusof – ‘Harga Dia Dalam RM136,000’
Mohon maaf
@yungsbrna Our Love Reimagined offline event was meant to embrace love in many forms — especially the love between siblings. My sister, who is also the co-founder, and I have always been very close, and we wanted to share that bond with all of you. But I admit, we made mistakes that frustrated many who came. For that, we’re truly sorry and we’ll take this as a lesson. As a business that’s still under two years old, we never imagined this much love and support for the bags we’ve created. It’s overwhelming in the best way. That’s why seeing more and more people fall in love with our bags means so much. And tonight, it showed. Our latest online drop, which just happened an hour ago, brought a new milestone – 20,000 visitors on our website. MashaAllah, TabarakAllah. We’re so happy that most of you got the bags you wanted for Raya smoothly. Indeed, with hardship comes ease. Thank you for being here, for believing in us, and for your endless support. It truly means the world. Doakan kami @brïk. ??
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sabrina mengakui kesilapan pihaknya semasa mengendalikan acara tersebut dan mengambil iktibar daripada insiden berkenaan.
Love Reimagined adalah sebuah acara yang mengetengahkan cinta dalam pelbagai bentuk terutama antara adik beradik.
Saya dan kakak sentiasa rapat dan kami ingin berkongsi ikatan itu dengan kalian semua.
Tetapi saya akui, kami melakukan kesilapan yang mengecewakan ramai. Untuk itu, kami memohon maaf dan kami ambil kejadian ini sebagai satu pengajaran.
Menurut Sabrina, dia tidak pernah membayangkan jenama beg yang dibangunkannya akan menerima sambutan hangat daripada pembeli.
Sebagai sebuah perniagaan yang masih berusia di bawah dua tahun, kami tidak pernah membayangkan kasih sayang dan sokongan yang diterima sebanyak ini untuk beg yang kami hasilkan.
Hargai pembeli
@yungsbrna our pop up is coming to life gais ??? @brïk.
Dalam pada itu, Sabrina juga tidak menyangka akan menerima peningkatan pembelian secara atas talian.
Melihat ramai orang semakin jatuh cinta dengan beg kami, ia memberi kesan yang amat bermakna untuk kami.
Malam ini kami menyaksikannya 20,000 pengunjung melayari laman sesawang kami. MasyaAllah. Kami gembira sekali melihat ramai yang dapat membeli beg untuk hari raya.
Justeru, usahawan tersebut mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para pembeli.
Sesungguhnya, bersama kesulitan adalah kemudahan.
Terima kasih kerana mempercayai kami dan terutama di atas sokongan anda. Ia sangat bermakna, doakan kami.
Terdahulu, telah berlangsungnya satu ‘pop up event’ dianjurkan oleh jenama Brik yang diadakan di ibu kota.
Acara tersebut mendapat sambutan luar biasa sehingga ramai yang sanggup beratur dari awal pagi untuk mendapatkan koleksi beg tangan jenama tersebut.
Sumber: TikTok Sabrina