Pengasas Gula Cakery iaitu Arieni Adriena tampil menjelaskan beberapa dakwaan terhadap syarikat yang semakin berleluasa diperkatakan di media sosial.

Artikel Berkaitan: Hukum Meninggalkan Solat Jumaat & Tanggungjawab Sebagai Pekerja Muslim

Artikel Berkaitan: Tunai Solat Jumaat Di New York, Shawn Mendes Sempat ‘Selfie’ & Beramah Mesra Dengan Peminat

Dakwaan bekas pekerja

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Arieni memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa mengambil tindakan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atas masalah disiplin yang mendakwa pekerjanya hilang tanpa makluman selama tiga hari.

Tambah Arieni, bayaran sebanyak RM2,000 dikenakan pada bekas kakitangan tersebut namun ditarik balik atas dasar keprihatinan serta bulan Ramadan.

Individu ini adalah bekas pekerja kami yang masih dalam tempoh percubaan probation.

Isu ini bermula apabila pihak syarikat mengambil tindakan terhadap individu terbabit atas sebab disiplin iaitu MIA (missing in action). Ada dalam 3 hari dia hilang.

Dalam sesi JTK, individu terbabit mengaku di hadapan pengawai yang dia tak masuk kerja. Di bawah akta kerja adalah pelanggan kontrak. Jadi, tindakan kami di JTK adalah prosedur biasa syarikat untuk menuntut ganti rugi notis dan bukan niat untuk menganiaya.

Individu terbabit diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 atau pelanggan kontrak.

Bagaimanapun, di bulan Ramadan ini saya memutuskan untuk tidak akan meneruskan bayaran ganti notis yang dikenakan oleh JTK sebanyak RM2,000 kepada individu terbabit atas dasar keprihatinan.

Isu solat jumaat

Berkongsi lebih lanjut, Arieni turut menjelaskan dakwaan mengenai syarikat yang tidak membenarkan kakitangan lelaki untuk menunaikan solat fardhu serta solat jumaat.

Menurut Arieni, dakwaan tersebut disifatkan sesuatu yang agak melampau sebagai imej perniagaan muslim sekali gus menegaskan tidak akan berkompromi untuk mempertahankan maruah syarikat.

Isu solat jumaat pula, adalah isu yang paling mengguris hati saya dan pasukan. Saya ingin menegaskan di sini tiada sebarang garis panduan atau arahan berlisan atau mana-mana yang bertulis melarang kakitangan lelaki untuk menunaikan solat fardhu mahupun solat jumaat.

Sebagai syarikat muslim, kami sangat menitikberatkan keberkatan dalam rezeki.

Tuduhan bahawa syarikat menghalang ibadah adalah satu fitnah yang sangat berat. Kami tidak akan berkompromi dalam mempertahankan maruah syarikat ini.

Mengenai dakwaan-dakwaan lain seperti isu kebersihan, tuntutan perubatan, pengurusan pekerja asing, kami sentiasa mematuhi undang-undang buruh dan keselamatan makanan.

Segela dokuman pembuktian telah kami sediakan untuk dibawa ke sesi bicara seterusnya pada 28 April ini.

Pihak kami tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk provokasi atau ugutan yang bertujuan untuk mengelak tanggungjawab undang-undang.

Imbas kembali, tular satu hantaran apabila seorang bekas kakitangan Gula Cakery mendakwa syarikat tersebut tidak membenarkan pekerja menunaikan solat jumaat.

Dakwanya lagi, makanan yang dihasilkan menggunakan tenaga buruh warga asing yang tidak menjaga kebersihan serta kualiti makanan sepenuhnya.

Sumber: Threads @arieniadriena